Quantcast
Viewing all 32 articles
Browse latest View live

keluarga saya


Mengetahui sejarah ringkas keturunan Raja Jembal

Mengikut maklumat yang saya tahu,bahawa Raja Jembal bernama Syed Raja Kecil Penglima Sakti @ Raja Abdul Rahman.Susur jalur saya ialah Haji Hassan Zaim bin Haji Salleh bin Haji Karim bin Imam Mat Akil bin Tok Jati @ Yatim @ Syed Raja Keci Penglima Sakti @ Raja Abd Rahman.Raja yang lari kerana perebutan kuasa.mereka melarikan diri sehinggalah ke Pahang di sebuah perkampungan bernama Semantan.Bergelar Orang Kaya Berempat Pahang.Mereka membuang segala gelaran diRaja agar tidak dapat dikesan oleh musuh mereka.Tok Jati ini banyak berjasa kepada Sultan Negeri Pahang.Baginda akhirnya mangkat kerana diracun oleh musuhnya.Oleh itu waris Raja Abdul Rahman ini berhijrah melarikan diri sehingga ke sebuah perkampungan bernama Kampung Peruang,Benta Pahang.

Article 16

catatan ini adalah untuk anak cucu hamba dan juga dari mereka yang mengaku keturunan raja jembal sebenarnya selain menjaga syariat Islam anak cucu diingat supaya menjaga pantang larang ini agar tidak ditimpa sebarang musibah kerana sumpanan daridatuk nenek moyang raja jembal.antaranya buluh betung tidak boleh dimakan atau dibuat sebarang peralata rumah dan sebagainya katanya asal keturunan raja jembal dari buluh betong.Siput Gondang tidak boleh dimakan katanya permaisuri raja jembal (Buluh betong)telah berkahwin dengan putri buih dari siput gondang.Kerbau balau katanya kerbau ini pernah menjilat danau anak raja jembal yang mati dikepuk padi.Pisang Raja Udang katanya kerana pisang ini lah anak raja jembal mati jatuh ke dalam kepuk padi.Ikan kekacang katanya ikan ini pernah menyelamatkan keturunan raja jembal dari mati lemas di laut.Ikan puyu katanya dipelihara untuk menjauhkan gangguan iblis dan palesit.Burung tekukur adalah menjadi peliharan dan mainan diraja.Buaya kerana ada diantara keturunan raja jembal disumpah menjadi buaya putih,Gajah katanya ada keurunan raja jembal disumpah menjadi gajah putih.Itulah rasanya untuk pengetahuan anak cucu raja jembal yang perlu mereka tahu.jika dia benar-benar keturunan raja jembal maka 9 perkara di atas ini perlu mereka ketahui dan betul-betul mengaku dia adalah keturunan raja jembal.

Article 15

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Alhamdulillah,tahun ini saya dan isteri berkesempatan untuk menunaikan haji di Tanah Suci,kami akan berangkat pada 21 Oktober 2009, dan pada 16 Oktober di adakan sedikit kenduri sempena keberangkatan saya ke Tanah suci dan doa kesukuran di atas rezeki di naikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Tebengau,Kuala Kedah.Satu tanggunjawab dan amanah Allah yang besar.

Kembali dari Tanah Suci

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Alhamdulillah saya dan isteri selamat menunaikan ibadah Haji dan selamat kembali ke Tanah Air pada 8hb yang lalu,seronok menjadi tetamu Allah rasa hendak kembali semua ke sana.


Gambar ketika di Padang Arafah selepas hujan lebat di sana.

Kembali dari Tanah Suci

Baru jadi ahli kerabat Raja Jembal Kelantan

Saya, baru saja menjadi ahli Pertubuhan kerabat Raja Jembal Kelantan , selepas kembalinya dari Tanah suci , Gelaran yang diberi, (Nik) ikut-ikutkan Tengku mungkin ikut prosedur Pertubuhan Kerabat Raja Jembal...tapi tak apa la...asal kan di terima masuk dalam keluarga yang mulia ini.InsyaAllah saya akan mencari bukti yang sebenarnya yang masih menjadi mesteri bagi saya dan juga keluarga saya.No. ahli saya ialah NA:0782K.

Maulidur Rasul

Selamat menyambut Maulidur Rasul yang akan disambut pada hari Jumaat ini 26hb Feb 2010 bersamaan 12 Rabiul Awal 1431h

Balik Kampung

Hari esok 13.03.2010,Hamba nak balik kampung.Teringat kat adik beradik.Maklumlah dah satu tahun tak balik.lagi pun tahun sudah tak sempat balik kerana baru balik dari Tanah Suci.Buah tangan masih ada untuk mereka.Lagi pun hamba balik nak suruh adik beradik masuk ahli Kerabat Raja Jembal.Kampung kami kat Kampung Peruang,Budu Benta Kuala Lipis Pahang.Satu perkampungan yang terletak di Pendalaman, Hutan...... Belantara.

HARI ANUGERAH CEMERLANG

Perjumpaan PKRJK Pusat dengan PKRJK Cawangan Kedah

Pada 02.03.2010 PKRJK Pusat telah membuat lawatan muhibbah ke negeri Kedah dan Perak,pada masa yang sama PKRJK Pusat telah beramah mesra di Homestay Tuan Nasir dan pada malamnya beramah mesra di Kelab Laguna Merbok. Pada malam tersebut saya berkesempatan mengenalkan diri hamba dari keturunan Raja Jembal yang bergelar Raja Abdul Rahman.Gambar sekitar majlis tersebut.

Cuti Persekolahan

Sekarang musim cuti dan musim kenduri,banyak kenduri cuti ni.... alamat periuk nasi kena gantung la..... ada kerabat-kerabat nak kenduri..tu..panggil-panggil kami....insyaAllah kita hadir..

Mesyuarat Penguatkuasa PKRJK

MESYUARAT AGUNG PKRJK.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Gambar semasa mesyuarat Agung PKRJK di Hotel Fasific Kota Baharu Kelantan pada 02 Oktober 2010,dirasmikan oleh YB Menteri Besar Kelantan Nik Aziz bin Nik Mat.

Dewan Istana Kedah Darul Aman.


PERJUMPAAN KELUARGA HARIRAYA HAJI KERABAT RAJA JEMBAL PERHUBUNGAN NEGERI KEDAH

MESYUARAT PENGUATKUASA PKRJK KALI-6

Ke Kelantan 2 in 1

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Pada hari Jumaat 28hb Jan 2011,Teku bersama Nik Shuib dan anaknda Teku yang Sulong dan Angah berangkat ke Kelantan untuk menghadiri Mesyuarat Penguatkuasa PKRJK kali ke-8.Teku bertolak jam 7.30pg dan sampai ke Pulau Melaka jam 1.20th.Kami berhenti solat Jumaat di masjid Ahmadiah Pulau Melaka.Selesai solat kami pun berangkat ke Restoran Sri Ukir lebih kurang jam 2.45ptg. Sebelum itu Teku sempat berhenti di Pasir Mas dimana tempat teku mengambil keris peninggalan Raja Jembal.

Mesyuarat Penguatkuasa PKRJK kali ke-11

Mesyuarat Penguatkuasa PKRJK dan Unit Sambutan Hari Keluarga Raja Jembal akan diadakan:

Tarikh: 11.06.2011
Masa : 09.00 pagi.
Tempat: Pendang Lakeresort,Pendang.

Semua Penguatkuasa PKRJK Kedah,Kelantan,Perak,Terangganu dan yang lain dijemput hadir.

Bertugas di SK Sri Jerai

Viewing all 32 articles
Browse latest View live